Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Wednesday 21 September 2011

Majlis Makan Malam PIBG 2011

18 September 2011: Majlis Makan Malam PIBG telah berjaya dilangsung. Acara tersebut merupakan kemuncak kepada acara Karnival Pendidikan Peringkat SMK Sebauh yang bermula dari 9 September 2011 yang lalu.Tetamu kehormat pada malam tersebut ialah YB Dato' Dr. Stephen Rundi Ak Utom.



:: Sebelum persembahan


Saturday 10 September 2011

Malam DayaRama Asrama 2011

9 September 2011: Sempena Karnival Pendidikan, Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Terbuka Asrama menyaksikan pelbagai aktiviti telah diadakan. Pada sebelah pagi menyaksikan Larian Jogathon, Pameran, Gerai Jualan, Sukaneka dan Hari Terbuka Asrama diadakan. Pada sebelah petang menyaksikan pertandingan akhir bola sepak. Pada sebelah malam dilangsungkan pula Malam DayaRaya Asrama yang menyaksikan kemunculan bakat-bakat terpendam pelajar-pelajar asrama. Kesemua persembahan merupakan hasil titik peluh para pelajar sepenuhnya yang melibatkan 8 buah kumpulan yang bertanding.

::  Johan

:: Bertenaga dari One More Time
:: Cantik dan menarik kostum Pixxiety Girlz
::Tempat Ketiga


Thursday 8 September 2011

Penari Untuk Tarian Pembukaan Majlis Makan Malam PIBG SMK Sebauh 2011

Berikut merupakan senarai nama yang terpilih untuk Tarian Pembukaan sempena Majlis Makan Malam PIBG yang akan berlangsung 18 September 2011 (AHAD) depan.
Racheal William, Lawrence Gawan, Zydane Nyegang, McMarcshall, Eldest Tinggi, Tang Kie Ling, Jessy Anggau, Sheeda Tail, Diana Ensingan, Lorenzo Abbu, Brandon Louis,Harryson Unchau, dan Melissa Francis. Isnin depan (12 September 2011) mula latihan. Latihan akan bermula jam 3.00 petang di bilik tari.