Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Sunday 19 April 2015

PERTANDINGAN TARIAN SK DAN SM PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU

Setahun blog ini tidak diupdate dengan sebarang info terkini disebabkan banyak aplikasi untuk dilayari. Jumaat dan Sabtu lepas baru sahaja dilangsungkan PERTANDINGAN TARIAN SK DAN SM PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU bertempat di Dewan SK Kampung Baru. Terima kasih diucapkan kepada warga SK Kampung atas layanan yang baik, terutama Guru Besarnya. Begitu mesra dan sentiasa optimis dalam semua perkara. Tidak mustahil sekolah ini akan menjadi sekolah yang menonjol suatu hari nanti atas segala sokongan beliau terhadap aktiviti kebudayaan dan kesenian di sekolah ini. Berikut merupakan keputusan untuk pertandingan tarian. SK dan SM.


SEKOLAH MENENGAH:
KATEGORI ETNIK / TARIAN RAKYAT:
1. SMK SEBAUH
2. SMK ASYAKIRIN
3. SMK KEMENA

KATEGORI RAMPAIAN TRADISIONAL:
1. SMK TATAU
2. SMK SEBAUH
3. SMK ASYAKIRIN

BUSANA ETNIK TERBAIK: SMK SEBAUH
BUSANA RAMPAIAN TRADISIONAL TERBAIK: SMK BINTULU

PENARI LELAKI TERBAIK: SMK TATAU
PENARI PEREMPUAN TERBAIK: SMK TATAU


SEKOLAH RENDAH:
KATEGORI ETNIK / TARIAN RAKYAT:
1. SK KAMPUNG BARU
2. SK BINTULU
3. SK ORANG KAYA MOHD

KATEGORI RAMPAIAN TRADISIONAL:
1. SK RUMAH BARRAU
2. SK ORANG KAYA MOHD
3. SK KAMPUNG BARU

BUSANA ETNIK TERBAIK: SK KAMPUNG BARU
BUSANA RAMPAIAN TRADISIONAL TERBAIK: SK ORANG KAYA MOHD

PENARI LELAKI TERBAIK: SK RUMAH BARRAU
PENARI PEREMPUAN TERBAIK: SK BINTULU



Dengan ini, Sesuaka Euphoria menggucapkan jutaan terima kasih kepada:
1) Tuhan Pencipta segala langit dan bumi..atas kudrat, kekuatan dan segala yang telah dicaturkan untuk kami. Syukur ya Tuhan atas segalanya. Segala pujian hanya bagu Mu.
2) Pihak pentadbiran sekolah atas sokongan terhadap kumpulan ini. Tanpa sokongan ini, sudah pasti perjalanan ini penuh dengan pelbagai liku. 
3) Semua ibu bapa pelajar yang terlibat atas restu, doa dan sokongan anda terhadap kami
4) Penduduk di Long Unan Tubau atas nasihat dan teguran serta cadangan dalam kami menentukan hala tuju tarian etnik kami..semoga Tuhan memberkati anda semua terutama adik Chistina Ladin dan keluarga. Akan lebih banyak yang akan kami terokai ditempat anda selepas ini.
5) Kepada pihak KPS Bintulu, terutama Saudara Tuah Jilu dan Shariff Brahim atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk kami mewakili bahagian Bintulu ke FESTARI SARAWAK 2015 yang lepas..banyak memberi pendedahan dan ilmu berguna kepada kami..tq so much..nang rami pasarr
6) Semua rakan yang banyak memberi sokongan dan nasihat tentang disiplin dan teknik sama ada di dalam bahagian Bintulu mahupun di luar bahagian Bintulu. Tanpa sokongan anda, belum tentu semua ini terjadi. (saudara Philip Reynold, Cg Kibin, Cg Musfirah, Cg Siti Hazlina, Cg Puni Sirat, Cg Nana dan ramai lagi..maaf..jika tidak tersebut)
7) Kepada semua bekas penari SESUAKA EUPHORIA yang memberikan sokongan dan membantu kami..sy sebagai pengasas SE amat terharu dengan kehadiran kalian.terutama Niccolas Miracle Image, Badeli Nyala, Alvin Ahjun)
8) Tidak lupa kepada panel penilai (Cg Jilem, Cg Halimah, CG Nuraini) yang mengiktiraf karya kami yang tidak seberapa. Sebab itu anda jarang tidak pernah melihat post kami di FB..kerana kami berasa amat kecil tahun ini dari segi persediaan.
9) Kepada SEMUA penari dan guru-guru penasihat..anda semua Awesome...



 Bersama SMK Bandar Bintulu