Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Saturday 1 September 2012

Sambutan Malam Ambang Merdeka 2012

Seperti dirancang, acara sambutan Malam Ambang Merdeka 2012 berjalan mengikut perancangan. tepat jam 7.30 petang, para pelajar dilepaskan dan berarak di sepanjang raya menuju ke Dewan Seri Kemena. Acara perarakan didahului pembawa bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak. 

Pada malam tersebut, pelbagai persembahan menarik telah dipersembahankan kepada semua warga SMK Sebauh yang hadir. Malah tidak keterlaluan acara pada tahun ini merupakan acara sambutan yang paling meriah sehinggakan tempoh penantian detik 12 malam seolah-olah tidak terasa. Acara pada malam tersebut telah diakhiri dengan persembahan bunga api. Antara persembahan-persembahannya ialah seperti tarian 1 Malaysia, Tarian Kreasi Baru Bangkit, Tarian Tanggal 31, persembahan live band, Drama Embun, Dramatari Rentap, Sajak, nyanyian solo dan tayangan dokumentari kemerdekaan.

Jadi, di sini turut dimuatkan beberapa gambar sebagai bayangan kemeriahan acara Sambutan Malam Ambang Merdeka 2012.


 Gimik perasmian
 Tarian 1 Malaysia
 Live Band
 Daram Embun
Tarian Bangkit

 Dramatari Rentap
 Tarian Tanggal 31

 Menanti detik 12