Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Wednesday 30 November 2011

Selamat Bercuti...

Selamat bercuti kepada semua warga SMK Sebauh. Selamat menikmati percutian hujung tahun bersama keluarga. Biarkanlah segala kegagalan, kedukaan, kecacatan kerja 2011..masa terluang ini kita mengerah idea untuk membaiki segala kelemahan kita.

Kepada penari-penari Sesuaka Euphoria, selamat bercuti. Bantulah ibu bapa/penjaga sekiranya diperlukan. Jangan lupakan tarian pembukaan untuk APC yang lepas. Buka sekolah nanti akan dipreview balik..hehehe..Bersedialah untuk mencari lagi penari-penari dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 2012..

Friday 11 November 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

:: Bergerak ke Dewan Sri Kemena

:: Sebelum masuk ke dalam dewan :-)

 :: Tarian Pembukaan
(Kreatif)


:: Tarian Ule Nugan

:: Persembahan Dikir Barat

Wednesday 2 November 2011

Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 datang lagi...

Sempena acara tahunan ini, Sesuaka Euphoria sekali lagi diberi kepercayaan mempemenunjukkan rsembahkan 3 persembahan. Apakah persembahan tersebut..kita tunggu dan lihat hasilnya. Seminggu lebih sudah latihan dijalan kan..umpama perseiapan untuk pertandingan pulak.. Berikut gambar para peserta sedang berehat setelah penat berlatih..








 

Wednesday 21 September 2011

Majlis Makan Malam PIBG 2011

18 September 2011: Majlis Makan Malam PIBG telah berjaya dilangsung. Acara tersebut merupakan kemuncak kepada acara Karnival Pendidikan Peringkat SMK Sebauh yang bermula dari 9 September 2011 yang lalu.Tetamu kehormat pada malam tersebut ialah YB Dato' Dr. Stephen Rundi Ak Utom.



:: Sebelum persembahan


Saturday 10 September 2011

Malam DayaRama Asrama 2011

9 September 2011: Sempena Karnival Pendidikan, Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Terbuka Asrama menyaksikan pelbagai aktiviti telah diadakan. Pada sebelah pagi menyaksikan Larian Jogathon, Pameran, Gerai Jualan, Sukaneka dan Hari Terbuka Asrama diadakan. Pada sebelah petang menyaksikan pertandingan akhir bola sepak. Pada sebelah malam dilangsungkan pula Malam DayaRaya Asrama yang menyaksikan kemunculan bakat-bakat terpendam pelajar-pelajar asrama. Kesemua persembahan merupakan hasil titik peluh para pelajar sepenuhnya yang melibatkan 8 buah kumpulan yang bertanding.

::  Johan

:: Bertenaga dari One More Time
:: Cantik dan menarik kostum Pixxiety Girlz
::Tempat Ketiga


Thursday 8 September 2011

Penari Untuk Tarian Pembukaan Majlis Makan Malam PIBG SMK Sebauh 2011

Berikut merupakan senarai nama yang terpilih untuk Tarian Pembukaan sempena Majlis Makan Malam PIBG yang akan berlangsung 18 September 2011 (AHAD) depan.
Racheal William, Lawrence Gawan, Zydane Nyegang, McMarcshall, Eldest Tinggi, Tang Kie Ling, Jessy Anggau, Sheeda Tail, Diana Ensingan, Lorenzo Abbu, Brandon Louis,Harryson Unchau, dan Melissa Francis. Isnin depan (12 September 2011) mula latihan. Latihan akan bermula jam 3.00 petang di bilik tari.

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti


Dengan kesempatan ini Sesuaka Euphoria ingin megucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga pendidik dan pelajar SMK Sebauh yang menyambut hari lebaran ini. Semoga kedatangan Hari Raya ini memberikan seribu kemanisan dan keberkatan kepada semua.

Kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar yang tidak menyambut Hari Raya, SELAMAT BERCUTI diucapkan. Selamat bercuti bersama keluarga.
Kepada calon-calon PMR dan SPM 2011, gunakan masa cuti ini sebaik-baiknya.
Kepada ahli-ahli Sesuaka Euphoria, bersedialah untuk turun latihan mulai hari ini 5 September 2011 untuk persembahan Overture sempena Majlis Makan Malam PIBG 18 September 2011.

Monday 20 June 2011

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu 2011

20 Jun: Tahun ini SMK Sebauh kerap dipilih menjadi tempat untuk acara-acara rasmi anjuran PPD Sebauh. Antaranya ialah Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Bintulu 2011. Sesuaka Euphoria telah dipilih untuk membuat persembahan pembukaan acara tersebut yang ternyata memukau penonton yang hadir. Tahniah kepada penari  Sesuaka Euphoria kerana mereka turut belajar sesuatu yang baru dan membanggakan terutamanya dalam kalangan penari Tingkatan 1. Ketidakhadiran 2 orang penari perempuan membuat seorang penari 'spare' masuk dan beberapa posisi yang terlalu nyata kekurangannya diubah. Tahniah Sesuaka Euphoria...
:: Pentas Utama Acara Berlangsung



:: Sebelum Persembahan

Sunday 22 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

19 Mei: Dalam tempoh yang agak lamu untuk dinantikan,sambutan Hari Guru pada tahun ini agak meriah. Diterajui oleh Cikgu Siti Hazlina (Guru Cemerlang), Cikgu Christina Kadak, Cikgu Perit Ambah dan Cikgu Peni Rampai, suasana menjelang dan semasa Hari Guru begitu menjadi.
Sebelum 19 Mei..perlawanan Futsal dan Badminton telah diadakan. Sesuaka Euphoria tidak ketinggalan untuk diundang mengadakan persembahan.
Persembahan pembukaan menampilkan Tarian Rampaian Pesona Kasih Tari Melayu begitu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada guru-guru dan pelajar-pelajar..Seterusnya diikuti persembahan deklamasi sajak, lagu puisi dan tarian moden oleh pelajar. Selepas acara perhimpunan, acara diteruskan dengan sukaneka guru. Tidak puas bersukaneka, guru-guru bermain bola tampar dan futsal. Pada sebelah malamnya, acara BBQ diadakan sambil bertukar-tukar hadian antara guru dan acara karaoke guru.

Saturday 7 May 2011

Keputusan Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2011

7 Mei: Berikut merupakan keputusan pertandingan tarian antara sekolah peringkat Bintulu. Walaupun tidak berjaya menduduki tempat pertama, syukur diucapkan kepada Tuhan atas kejayaan ini. Dalam sejarah pertama kali Sesuaka Euphoria menduduki tempat kedua keseluruhan di peringkat bahagian Bintulu walaupun pernah menduduki tempat kedua selepas SMK Pending semasa Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Negeri Sarawak di Sarikei pada tahun 2009. Paling mengejutkan penari yang baru ke pentas pertandingan dan baru menuntut di Tingkatan 1 (adik MacMaschall) dianugerahi Penari Lelaki Terbaik setelah Nooryka Taboh dan Rebecca Gerang menjadi Penari Wanita Terbaik pada tahun 2007 dan 2008.
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Asyakirin (Adiwarna Asyakirin)
2. SMK Sebauh (Sesuaka Euphoria)
3. SMK Bandar Bintulu (Kesenian Sri Cahaya Bandar)
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik  – SMK Asyakirin
Anugerah Koreografi Rampaian Melayu Terbaik – SMK Asyakirin
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik – SMK Sebauh
Anugerah Koreografi Tarian Etnik Terbaik – SMK Bandar Bintulu
Anugerah KostumMelayu Terbaik – SMK  Baru
Anugerah KostumEtnik Terbaik – SMK Bintulu
Penari Lelaki Terbaik: MacMaschall Seling (SMK Sebauh)
Penari Wanita Terbaik: Sandra (SMK Asyakirin)

:: Selepas tarian etnik..Punan..

Wednesday 4 May 2011

Latihan Terakhir Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2011

5 Mei: Hari ini merupakan latihan terakhir Sesuaka Euphoria sebelum bertolak ke Dewan Suarah Bintulu pada pagi esok untuk sesi Raptai dan Penyesuaian Pentas. Walaupun kekurangan seorang penari..namun semangat pejuang Sesuaka Euphoria tetap tinggi. Ketiadaan adik Ambrose Kenai pada kali ini benar-benar memberi impak kepada semua penari Sesuaka Euphoria untuk memberikan yang terbaik. Seluruh warga Sesuaka Euphoria amat bersimpati dengan situasi yang menimpa adik Ambrose..semoga adik Ambrose cepat sembuh.. Semua pejuang Sesuaka Euphoria sudah berjanji untuk melakukan yang TERBAIK dan akan kami hadiahkan persembahan terbaik ini khas kepada beliau.
Segala persiapan sudah dibuat..kostum dan prop sudah disusun. Transport..!!! Argh..berkorbanlah...tidak kami kira kerugian membayar kos pengangkutan dan makanan..yang paling utama maruah perlu dikembalikan...Semangat adik Ambrose perlu dipulihkan..
Kepada semua warga SMK Sebauh dan bekas penari-penari SESUAKA EUPHORIA..kami tidak meminta apa-apa...cuma doa akan keselamatan, kekuatan dan kelancaran kami..
Berikut merupakan senarai giliran sekolah yang akan bertanding pada 7 Mei 2011:
1. SMK Kidurong
2. SMK Bandar Bintulu
3. SMK Bintulu
4. SMK Tatau
5. SMK Kemena
6. SMK Baru
7. SMK Asyakirin
8. SMK SEBAUH
::Barisan Sesuaka Euphoria yang menggalas tanggungjawab

Saturday 30 April 2011

Keputusan Pertandingan Tarian Antara Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Kuching 2011

Berikut merupakan keputusan pertandingan tarian antara sekolah menengah peringkat bahagian Kuching yang telah berlangsung pada 27-29 April 2011 lalu yang boleh kita kongsikan bersama.

Keseluruhan
1. SMK Tun Abang Haji Openg
2. SMK Pending
3. SMK Lundu
4. SM Teknik Sejingkat
5. Sekolah Seni Malaysia Kuching
6. SMK Batu Kawa
7. SMK Bau
8. SMK Paku
9. SMK Tunku Abdul Rahman
10. SMK Padawan

Rampaian Terbaik
1. SMK Tun Abang Haji Openg
2.  SMK Pending
3. SMK Lundu

Etnik Terbaik
1. SM Teknik Sejingkat
2. SMK Tun Abang Haji Openg
3. SMK Pending

Hadiah Khas Juri – SMK Bandar Samariang
Muzik Terbaik – SMK Bau
Kostum Terbaik – SM Teknik Sejingkat
Koreografi Terbaik – SMK Tun Abang Haji Openg
Sumber: Blog Anak Dalam Gading..
Johan SMK TAH Openg (tengah), Naib Johan SMK Pending (kanan) & Ketiga SMK Lundu (kiri)

Keputusan Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Samarahan
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Muara Tuang
2. SMK Kota Samarahan
3. SMK Asajaya No. 2
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik  – SMK Kota Samarahan
Anugerah Koreografi Rampaian Melayu Terbaik – SMK Kota Samarahan
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik – SMK Muara Tuang
Anugerah Koreografi Tarian Etnik Terbaik – SMK Muara Tuang
Anugerah Busana Melayu Terbaik – SMK  Muara Tuang
Anugerah Busana Etnik Terbaik – SMK Taee
Anugerah Khas Juri – SMK Balai Ringin
:: Sumber: Blog ADG SMK Lundu

Keputusan Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Miri
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Subis
2.  SMK Lopeng Tengah
3. SMK Dato’ Permaisuri
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik Keseluruhan
1 . SMK Dato’ Permaisuri
2 . SMK Subis
3 . SMK SMK Merbau
Anugerah Koreografer Tarian Rampaian Melayu Terbaik Keseluruhan
1. SMK Subis
2. SMK Dato’ Permaisuri
3. SMK Merbau
Anugerah Tarian Etnik Terbaik
1 . SMK Subis (Anding Didak – Melanau)
2 . SMK Lopeng Lopeng Tengah (Gawea Sowa – Bidayuh)
3 . SMK Riam ( Perang Cudamani )
Anugerah Koreografer Tarian Etnik Terbaik
1 . SMK Subis
2 . SMK Lopeng Tengah
3 . SMK Riam
Busana Terbaik Kategori Rampaian Melayu
1 . SMK Merbau
2 . SMK Lopeng Tengah
3 . SMK Pujut
Busana Etnik Terbaik
1 . SMK Lopeng
2 . SMK Riam
3 . SMKSubis
Penari Lelaki Terbaik Etnik – SMK Subis
Penari Perempuan Terbaik Etnik – SMK Lopeng Tengah
Penari Perempuan Terbaik Rampaian Melayu – SMK Dato Permaisuri
Penari Lelaki Terbaik Rampaian Melayu – SMK Merbau
Anugerah Khas Juri – SMK Merbau

 Keputusan Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Mukah
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Matu
2. SMK Three Rivers
3. SMK Oya
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik
1 . SMK Three Rivers
2 . SMK Matu
3 . SMK Oya
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik
1 . SMK Matu
2 . SMK Three Rivers
3 . SMK SMK Oya
(Sumber: Blog ADG)

(Sumber: http://gongtokdesa.wordpress.com/)

Keputusan Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Sarikei
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Pakan
2. SMK Bandar Bintangor
3. SMK Meradong
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik
1 . SMK Pakan
2 . SMK Bandar Bintangor
3 . SMK Meradong
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik
1 . SMK Pakan
2 . SMK Meradong
3 . SMK Bandar Bintangor
Anugerah Busana Rampaian Terbaik: SMK Meradong
Anugerah Busana Etnik Terbaik: SMK Bandar SMK Bandar Bintangor

Anugerah Khas Juri: SMK Bandar Bintangor

Santai Hujung Minggu...

30 April 2011: Hari ini dimulakan dengan mengemaskini keadaan prop..lagi pun 4 orang penari tak datang kerana balik..Maklumlah Isnin cuti.. Apapun..sempat juga kemas bilik tari dan sapu bilik tari sebelum bilik tari dihamparkan karpet..

:: Asyik nyer..
:: Menunjukkan kepakaran masing-masing

:: Gigit ape tue...hahahaha..nak cabut gigi kot..

:: Cayokkk..

Wednesday 27 April 2011

BlackOut..huhuhu

27 April: Latihan Sesuaka Euphoria malam ini berlangsung tanpa elektrik..nasib baik bilik tari ada lampu kecemasan. Terasa duduk kat ruai rumah panjang pulak dalam keadaan malap. Apa pun latihan tetap dijalankan seperti biasa walaupun muzik tak ada. Semua berjalan lancar..malah banyak yang diatur.. Latihan selesai..elektrik pun ada..huhuhu..tak ape lah. Latihan berjalan lancar. Tiada yang membuatkan penari2 melatah..Ada hikmah di sebaliknya..Thanks GOD :-)

Monday 25 April 2011

APC 2011

25 April: Sesuaka Euphoria mengadakan persembahan pembukaan sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 bertempat di Auditorium BDA yang dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Sarawak Yang Berbahagia En. Abdillah bin Adam. Walaupun tanpa 2 orang penari lelaki, persembahan tetap diteruskan.


:: Sebelum persembahan

:: Suasana Di Dalam Auditorium

 :: Antara aksi penari Sesuaka Euphoria


 :: Selesai persembahan