Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Sunday 22 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

19 Mei: Dalam tempoh yang agak lamu untuk dinantikan,sambutan Hari Guru pada tahun ini agak meriah. Diterajui oleh Cikgu Siti Hazlina (Guru Cemerlang), Cikgu Christina Kadak, Cikgu Perit Ambah dan Cikgu Peni Rampai, suasana menjelang dan semasa Hari Guru begitu menjadi.
Sebelum 19 Mei..perlawanan Futsal dan Badminton telah diadakan. Sesuaka Euphoria tidak ketinggalan untuk diundang mengadakan persembahan.
Persembahan pembukaan menampilkan Tarian Rampaian Pesona Kasih Tari Melayu begitu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada guru-guru dan pelajar-pelajar..Seterusnya diikuti persembahan deklamasi sajak, lagu puisi dan tarian moden oleh pelajar. Selepas acara perhimpunan, acara diteruskan dengan sukaneka guru. Tidak puas bersukaneka, guru-guru bermain bola tampar dan futsal. Pada sebelah malamnya, acara BBQ diadakan sambil bertukar-tukar hadian antara guru dan acara karaoke guru.

Saturday 7 May 2011

Keputusan Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2011

7 Mei: Berikut merupakan keputusan pertandingan tarian antara sekolah peringkat Bintulu. Walaupun tidak berjaya menduduki tempat pertama, syukur diucapkan kepada Tuhan atas kejayaan ini. Dalam sejarah pertama kali Sesuaka Euphoria menduduki tempat kedua keseluruhan di peringkat bahagian Bintulu walaupun pernah menduduki tempat kedua selepas SMK Pending semasa Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Negeri Sarawak di Sarikei pada tahun 2009. Paling mengejutkan penari yang baru ke pentas pertandingan dan baru menuntut di Tingkatan 1 (adik MacMaschall) dianugerahi Penari Lelaki Terbaik setelah Nooryka Taboh dan Rebecca Gerang menjadi Penari Wanita Terbaik pada tahun 2007 dan 2008.
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Asyakirin (Adiwarna Asyakirin)
2. SMK Sebauh (Sesuaka Euphoria)
3. SMK Bandar Bintulu (Kesenian Sri Cahaya Bandar)
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik  – SMK Asyakirin
Anugerah Koreografi Rampaian Melayu Terbaik – SMK Asyakirin
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik – SMK Sebauh
Anugerah Koreografi Tarian Etnik Terbaik – SMK Bandar Bintulu
Anugerah KostumMelayu Terbaik – SMK  Baru
Anugerah KostumEtnik Terbaik – SMK Bintulu
Penari Lelaki Terbaik: MacMaschall Seling (SMK Sebauh)
Penari Wanita Terbaik: Sandra (SMK Asyakirin)

:: Selepas tarian etnik..Punan..

Wednesday 4 May 2011

Latihan Terakhir Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2011

5 Mei: Hari ini merupakan latihan terakhir Sesuaka Euphoria sebelum bertolak ke Dewan Suarah Bintulu pada pagi esok untuk sesi Raptai dan Penyesuaian Pentas. Walaupun kekurangan seorang penari..namun semangat pejuang Sesuaka Euphoria tetap tinggi. Ketiadaan adik Ambrose Kenai pada kali ini benar-benar memberi impak kepada semua penari Sesuaka Euphoria untuk memberikan yang terbaik. Seluruh warga Sesuaka Euphoria amat bersimpati dengan situasi yang menimpa adik Ambrose..semoga adik Ambrose cepat sembuh.. Semua pejuang Sesuaka Euphoria sudah berjanji untuk melakukan yang TERBAIK dan akan kami hadiahkan persembahan terbaik ini khas kepada beliau.
Segala persiapan sudah dibuat..kostum dan prop sudah disusun. Transport..!!! Argh..berkorbanlah...tidak kami kira kerugian membayar kos pengangkutan dan makanan..yang paling utama maruah perlu dikembalikan...Semangat adik Ambrose perlu dipulihkan..
Kepada semua warga SMK Sebauh dan bekas penari-penari SESUAKA EUPHORIA..kami tidak meminta apa-apa...cuma doa akan keselamatan, kekuatan dan kelancaran kami..
Berikut merupakan senarai giliran sekolah yang akan bertanding pada 7 Mei 2011:
1. SMK Kidurong
2. SMK Bandar Bintulu
3. SMK Bintulu
4. SMK Tatau
5. SMK Kemena
6. SMK Baru
7. SMK Asyakirin
8. SMK SEBAUH
::Barisan Sesuaka Euphoria yang menggalas tanggungjawab