Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Saturday 1 September 2012

Sambutan Malam Ambang Merdeka 2012

Seperti dirancang, acara sambutan Malam Ambang Merdeka 2012 berjalan mengikut perancangan. tepat jam 7.30 petang, para pelajar dilepaskan dan berarak di sepanjang raya menuju ke Dewan Seri Kemena. Acara perarakan didahului pembawa bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak. 

Pada malam tersebut, pelbagai persembahan menarik telah dipersembahankan kepada semua warga SMK Sebauh yang hadir. Malah tidak keterlaluan acara pada tahun ini merupakan acara sambutan yang paling meriah sehinggakan tempoh penantian detik 12 malam seolah-olah tidak terasa. Acara pada malam tersebut telah diakhiri dengan persembahan bunga api. Antara persembahan-persembahannya ialah seperti tarian 1 Malaysia, Tarian Kreasi Baru Bangkit, Tarian Tanggal 31, persembahan live band, Drama Embun, Dramatari Rentap, Sajak, nyanyian solo dan tayangan dokumentari kemerdekaan.

Jadi, di sini turut dimuatkan beberapa gambar sebagai bayangan kemeriahan acara Sambutan Malam Ambang Merdeka 2012.


 Gimik perasmian
 Tarian 1 Malaysia
 Live Band
 Daram Embun
Tarian Bangkit

 Dramatari Rentap
 Tarian Tanggal 31

 Menanti detik 12

Monday 20 August 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfiTRi


Lama sungguh blog ni tak di update..maklumlah aktiviti pun kurang..fokus dengan akademik..Percubaan PMR dan SPM pun dh mula..Apa pun, dengan kesempatan ini, warga Sesuaka Euphoria ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..maaf zahir dan batin kepada semua warga dan pengunjung blog SESUAKA EUPHORIA..semoga beroleh keberkatan dan kedamaian semua.
Selepas cuti Raya ni barulah warga S.E akan sibuk semula untuk persiapan menjelang Sambutan Malam Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2012- malam.. Terdapat pelbagai persembahan akan dipersembahkan, antaranya tarian, nyanyian, lakonan dan dramatari selain persembahan band oleh para pelajar.
Sekali lagi dengan kesempatan ini, S.E ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa dan tutur kata.. :-) 
Selamat Hari Raya..

Monday 2 July 2012

Gambar Sekitar Hari Bertemu Pelanggan 2012

 
 Pasukan Gamelan SMK Bandar Bintulu





Di sini diselitkan gambar-gambar sekitar Hari Bertemu Pelanggan tersebutuntuktatapan semua

Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

16 Mei 2012: Menyaksikan perhimpunan Hari guru pertama bersama Pengetua En.  Entalai Mambang..Pada tahun ini bahagian persembahan mempersembahkan 6 persembahan...iaitu Tarian Ramapain Melayu, Sajak dan Koir pelajar, Dikir Barat, Drama Tok Wali, Tarian moden, dan Tarian Kreasi Baru BANGKIT..seperti dijangka, BANGKIT mengundang kekaguman para guru..terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat walaupun mungkin terdapat banyak kekurangan..pada tahun hadapan kita buat lagi bagus..cayokk.. Muzik iringan gamelan sesuatu yang baru boleh memberi kelainan pada tahun hadapan..tahniah.. SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru SMK SEBAUH dan pembaca blog Sesuaka Euphoria ini..




Thursday 5 April 2012

Pertandingan Bola Jaring MSSM Peringkat Negeri Sarawak 2012

Tahun ini Bintulu menjadi tuan rumah untuk kejohanan bola jaring MSSM Peringkat negeri. Majlis penangguhan akan dilangsungkan di Dewan SJK Siong Boon Bintulu. Sempena majlis penangguhan itu nanti, Sesuaka Euphoria akan dijemput untuk membuat persembahan penutupan.
 Dewan Serbaguna SJK Siong Boon Bintulu

Friday 23 March 2012

Sekitar Pertandingan Tarian Antara SR dan SM Peringkat BAhagian Bintulu 2012

23 MAc 2012: KAtegori yang dipertandingkan ialah Etnik dan Rampaian Melayu Tradusional. Di sinidisertakan beberapa gambar untuk tatapan pengunjung blog ini.








Tuesday 20 March 2012

Pertandingan Tarian Antara SR dan SM Peringkat Bahagian Bintulu 2012


Tarikh: 23-24 Mac 2012
Tempat: Ruang Legar Dewan Suarah Bintulu
Petang ini (20 Mac 2012) telah diadakan sesi cabutan angka giliran untuk sekolah yang bertanding. Pada tahun ini terdapat tiga kategori yang di pertandingkan untuk bahagian Bintulu. Kategori-kategori tersebut ialah Tarian Rampaian Melayu dan Etnik (di bawah PPD) dan Kategori Kreasi Baru- Umum (di bawah KPS). Pertandingan tarian pada tahun ini merupakan anjuran bersama PPD Bintulu bersama Bahagian Kebudayaan Pejabat Pembangunan Sosial Bintulu yang dikelolakan oleh SMK Baru dan SK Asyakirin Bintulu.
Berikut merupakan giliran pasukan yang bertanding untuk kategori sekolah menengah:
1) SMK Bintulu
2) SMK Asyakirin
3) SMK Kemena
4) SMK Baru
5) SMK Bandar Bintulu
6) SMK Sebauh
Pada 23 Mac 2012: Kategori Etnik dan Rampaian Melayu SR dan SM
Pada 24 Mac 2012: Kategori Kreatif Etnik (SR) dan Kreasi Baru (SM)

Wednesday 29 February 2012

Sesi Latihan Hari Ketiga

HAri ini hari yang amat memenatkan...mana tidaknya..penari-penari bukan menari tetapi berlari bersama-sama atlit yang sedang berlatih. Malamnya pula sambung latihan yang ketiga..
 Lari untuk stamina..:-)
 Pejuang Sesuaka Euphoria 2012



Sunday 26 February 2012

BENGKEL TARIAN KREASI BARU

24-26 Februari telah dilangsungkan satu Bengkel Kreasi Baru yang dianjurkkan oleh Pejabat Pembangunan Sosial Bintulu bertempat di Dewan Suarah Bintulu. Bengkel yang disertai oleh seorang guru dan dua orang pelajar dari setiap sekolah, termasuk lah penari Kumpulan Sri Budaya Bintulu dan Hospital Bintulu telah memberikan satu ilmu baru kepada semua peserta. Sekolah yang terlibat ialah SMK Sebauh, SMK Kemena, SMK Asyakirin, SMK Baru, dan SMK Kidurung.
 Pose Cawan Antik
 Angela Ujong


 3 wakil Sesuaka Euphoria
Bersama Fasilitator En. Tuah Jili

Tuesday 21 February 2012

Persembahan Sempena Perhimpunan Terakhir Bersama Tuan Pengetua

Dalam hanya 2 jam, tarian Melanau yang dikreasikan telah dipilih untuk dipersembahkan kepada Tuan Pengetua, En. Ujai  Sambau yang kan berpindah keSMK Selirik Kapit kerana dinaikkan pangkat. Dengan cuaca yang redup, persembahan pada pagi tadi amat menyentuh hati di samping persembahan-persembahan lain..
Di sini dimuatkan gambar-gambar dan video untuk tatapan pengunjung blog ini..
 Sarapan dulu cucur ikan bilis sebelum menari..

Menunggu giliran untuk membuat persembahan

Friday 17 February 2012

Kursus Asas Tarian 2012

17-19 Februari 2012..sekali lagi Dewan Sri Kemena menjadi gelanggang sekolah-sekolah zon Sebauh mengadakan Kursus Asas Tarian Sepanjang Tahun 2012 anjuran Bahagian Kebudayaan Pejabat Pembangunan Sosial Bintulu bersama Pejabat Pelajaran Daerah Sebauh. Seramai 68 orang peserta terlibat dalam kursus ini . Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Sebauh, SK Sebauh, SK Sungai Genaan, SK Kuala Kebulu, dan SK Bukit Balai.Tarian yang dijara ialah Ajat Iban dan Tarian Orang Ulu..Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan pengunjung blog.