Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Wednesday 29 February 2012

Sesi Latihan Hari Ketiga

HAri ini hari yang amat memenatkan...mana tidaknya..penari-penari bukan menari tetapi berlari bersama-sama atlit yang sedang berlatih. Malamnya pula sambung latihan yang ketiga..
 Lari untuk stamina..:-)
 Pejuang Sesuaka Euphoria 2012



Sunday 26 February 2012

BENGKEL TARIAN KREASI BARU

24-26 Februari telah dilangsungkan satu Bengkel Kreasi Baru yang dianjurkkan oleh Pejabat Pembangunan Sosial Bintulu bertempat di Dewan Suarah Bintulu. Bengkel yang disertai oleh seorang guru dan dua orang pelajar dari setiap sekolah, termasuk lah penari Kumpulan Sri Budaya Bintulu dan Hospital Bintulu telah memberikan satu ilmu baru kepada semua peserta. Sekolah yang terlibat ialah SMK Sebauh, SMK Kemena, SMK Asyakirin, SMK Baru, dan SMK Kidurung.
 Pose Cawan Antik
 Angela Ujong


 3 wakil Sesuaka Euphoria
Bersama Fasilitator En. Tuah Jili

Tuesday 21 February 2012

Persembahan Sempena Perhimpunan Terakhir Bersama Tuan Pengetua

Dalam hanya 2 jam, tarian Melanau yang dikreasikan telah dipilih untuk dipersembahkan kepada Tuan Pengetua, En. Ujai  Sambau yang kan berpindah keSMK Selirik Kapit kerana dinaikkan pangkat. Dengan cuaca yang redup, persembahan pada pagi tadi amat menyentuh hati di samping persembahan-persembahan lain..
Di sini dimuatkan gambar-gambar dan video untuk tatapan pengunjung blog ini..
 Sarapan dulu cucur ikan bilis sebelum menari..

Menunggu giliran untuk membuat persembahan

Friday 17 February 2012

Kursus Asas Tarian 2012

17-19 Februari 2012..sekali lagi Dewan Sri Kemena menjadi gelanggang sekolah-sekolah zon Sebauh mengadakan Kursus Asas Tarian Sepanjang Tahun 2012 anjuran Bahagian Kebudayaan Pejabat Pembangunan Sosial Bintulu bersama Pejabat Pelajaran Daerah Sebauh. Seramai 68 orang peserta terlibat dalam kursus ini . Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Sebauh, SK Sebauh, SK Sungai Genaan, SK Kuala Kebulu, dan SK Bukit Balai.Tarian yang dijara ialah Ajat Iban dan Tarian Orang Ulu..Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan pengunjung blog.



12 Penari 2012

Akhirnya pasukan tari SESUAKA EUPHORIA 2012 sudah terbentuk..Bagaimanapun..perkembangan mereka masih dipantau..tahun ini kita nak penari memberikan 100% fokus untuk tarian di samping pelajaran..NO COUPLE,NO DOCIPLINE CASE..kalao didapati ada kalangan penari yang mempunyai masalah ini..BERSEDIALAH..anda akan disingkirkan...:-\

Tuesday 14 February 2012

Sesi Pemilihan Penari 2012

Bermula minggu lepas telah diadakan latihan untuk tujuan sesi pemilihan penari Fasa 1 pada hari ini. Seramai 56 orang ahli mencuba nasib mereka. Terasa seperti menonton So You think You Can Dance...Fasa 1 ini akan memilih 20 orang peserta untuk sesi pemilihan Fasa II yang akan menyaksikan 14 orang penari akan dipilih mewakili sekolah (2 orang simpanan) :-)
Berikut merupakan beberapa gambar sekadar untuk tatapan..
Menunggu giliran untuk diuji