Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Saturday 7 May 2011

Keputusan Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2011

7 Mei: Berikut merupakan keputusan pertandingan tarian antara sekolah peringkat Bintulu. Walaupun tidak berjaya menduduki tempat pertama, syukur diucapkan kepada Tuhan atas kejayaan ini. Dalam sejarah pertama kali Sesuaka Euphoria menduduki tempat kedua keseluruhan di peringkat bahagian Bintulu walaupun pernah menduduki tempat kedua selepas SMK Pending semasa Pertandingan Tarian Antara Sekolah Peringkat Negeri Sarawak di Sarikei pada tahun 2009. Paling mengejutkan penari yang baru ke pentas pertandingan dan baru menuntut di Tingkatan 1 (adik MacMaschall) dianugerahi Penari Lelaki Terbaik setelah Nooryka Taboh dan Rebecca Gerang menjadi Penari Wanita Terbaik pada tahun 2007 dan 2008.
Keputusan Keseluruhan
1. SMK Asyakirin (Adiwarna Asyakirin)
2. SMK Sebauh (Sesuaka Euphoria)
3. SMK Bandar Bintulu (Kesenian Sri Cahaya Bandar)
Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik  – SMK Asyakirin
Anugerah Koreografi Rampaian Melayu Terbaik – SMK Asyakirin
Anugerah Tarian Rampaian Etnik Terbaik – SMK Sebauh
Anugerah Koreografi Tarian Etnik Terbaik – SMK Bandar Bintulu
Anugerah KostumMelayu Terbaik – SMK  Baru
Anugerah KostumEtnik Terbaik – SMK Bintulu
Penari Lelaki Terbaik: MacMaschall Seling (SMK Sebauh)
Penari Wanita Terbaik: Sandra (SMK Asyakirin)

:: Selepas tarian etnik..Punan..

No comments:

Post a Comment