Selamat Datang Ke Laman Web Sesuaka Euphoria

Sunday 22 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

19 Mei: Dalam tempoh yang agak lamu untuk dinantikan,sambutan Hari Guru pada tahun ini agak meriah. Diterajui oleh Cikgu Siti Hazlina (Guru Cemerlang), Cikgu Christina Kadak, Cikgu Perit Ambah dan Cikgu Peni Rampai, suasana menjelang dan semasa Hari Guru begitu menjadi.
Sebelum 19 Mei..perlawanan Futsal dan Badminton telah diadakan. Sesuaka Euphoria tidak ketinggalan untuk diundang mengadakan persembahan.
Persembahan pembukaan menampilkan Tarian Rampaian Pesona Kasih Tari Melayu begitu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada guru-guru dan pelajar-pelajar..Seterusnya diikuti persembahan deklamasi sajak, lagu puisi dan tarian moden oleh pelajar. Selepas acara perhimpunan, acara diteruskan dengan sukaneka guru. Tidak puas bersukaneka, guru-guru bermain bola tampar dan futsal. Pada sebelah malamnya, acara BBQ diadakan sambil bertukar-tukar hadian antara guru dan acara karaoke guru.

No comments:

Post a Comment